ਪੰਜਾਬ•
Kepadatan• 482/km2 (1,248/sq mi)
Punjab sebutan (
bantuan·
maklumat) (
Bahasa Panjabi: ਪੰਜਾਬ, IPA:
[pəɲdʒaːb]) (Juga dieja
Panjab) ialah sebuah
negeri di bahagian barat laut
India. Negeri India ini bersempadan dengan
wilayah Punjab Pakistan di barat,
Jammu dan Kashmir di utara,
Himachal Pradesh di timur laut,
Haryana di selatan dan tenggara,
Chandigarh di tenggara dan
Rajasthan di barat daya. Jumlah keluasan negeri ini ialah 50,362 km persegi (19,445 batu persegi) dan bilangan penduduknya 24,289,296 orang (2000). Ibu negeri Punjab ialah
Chandigarh yang ditadbir secara berasingan sebagai
Wilayah Kesatuan kerana juga dijadikan ibu negeri Haryana yang berhampiran. Bandaraya-bandaraya lain di Punjab termasuk
Ludhiana,
Amritsar,
Jalandhar dan
Patiala.Dalam sejarah, Punjab India membentuk sebahagian
rantau Punjab lebih besar yang merangkumi beberapa bahagian
Afghanistan, wilayah
Punjab dan
Wilayah Sempadan Barat Laut di
Pakistan, negeri-negeri
Haryana dan
Himachal Pradesh di India, bahagian-bahagian tertentu di
Jammu dan Kashmir dan
Delhi dan Wilayah Kesatuan
Chandigarh, dan barat daya China. Punjab India dipecahkan menjadi tiga pada tahun 1966 lalu mewujudkan negeri
Haryana dan
Himachal Pradesh.Nama "Punjab" ialah gabungan perkataan
bahasa Parsi iaitu panj (پنج, "lima") dan āb (آب, "air"), maka memberi erti harfiahnya Tanah Lima Sungai. Lima batang sungai yang menyumbang kepada nama Punjab ialah
Sungai Jhelum,
Sungai Chenab,
Sungai Ravi,
Sungai Beas dan
Sungai Sutlej - kesemuanya cawangan
Sungai Indus.Pertanian merupakan industri terbesar di Punjab. Industri-industri utama yang lain termasuk pembuatan peralatan saintifik, barangan elektrik, perkhidmatan kewangan, perkakas mesin, tekstil, mesin jahit, peralatan sukan, kanji, pelancongan, baja, basikal, pakaian, dan pemprosesan minyak pain dan gula. Punjab dikatakan menikmati prasarana terbaik di
India [1], termasuklah hubungan penangkutan jalan raya, gerabak, udara dan sungai yang bersambungan di seluruh rantau. Punjab juga melihatkan kadar kemiskinan terendah di India pada 6.16% (perangkaan 1999-2000), dan telah memenangi anugerah prestasi negeri terbaik
[2], berdasarkan data statistik yang disusun oleh Kerajaan India.